Wednesday, July 2, 2014

Menu pilihan suami 3 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat petang
sekarang dah masuk jam 4 petang..mesti kebanyakan suri ruamh tengah bersilat menyediakan menu untuk berbuka...bagi yang bekerja pula.. mungkin ada yang sempat memasak untuk keluarga.. buat masa ini, alhamdulillah umi masih sempat sediakan menu yang simple tapi menyelerakan suami dan anak2...
Menu utama, hasil godaan Mat Gebu ialah Sambal Tumis Udang..cuma tak ada petai la ya...umi ikut cara mat dan umi frozen kan pes sambal..menjimatkan masa dan tenaga tau...resepi di bawah:-

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
2 papan petai, ambil isinya
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 camca teh pes asam jawa
3/4 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah, buang biji kalau tak suka pedas
1/2 inci halia
1/2 inci belacan, dibakar
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah 1 camca besar minyak jika perlu.
  2. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tambah petai dan masak hingga petai lembut sedikit. Masuk udang dan bawang besar. Gaul rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan ulam-ulaman....
Untuk sayurnya umi masak Sayur Kubis Masak Lemak Putih..puhhh..nama je panjang..cara masaknya mudah aje...macam mana? memandangkan umi masak tak ada sukatan tepat, boleh jugak resepi Mat Gebu lagi seperti resepi kat bawah ni ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji kobis bulat saiz sederhana, hiris, cuci dan toskan
2 keping tempe, dipotong kiub
5 biji cili padi merah thai, belah 2 tapi tak putus setiap 1
1 cekak soo hoon, kerat dan rendam hingga lembut
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tempe, udang kering, bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk bersama santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan kobis dan gaul rata. Masak sekejap.
  2. Tuang sedikit air jika perlu. Kacau, masukkan soo hoon (toskan) dan cili padi. Tambah pati santan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil sambil dikacau selalu. 
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng... Selamat menjamu selera!!.
Yang terakhir tapi tak sedap kalau tak ada ialah Ikan Pelaling Rebus Goreng...pelengkap menu..mesti ada yang keliru dah rebus..goreng pulak? ish2..meh baca resepi kat bawah ni...baru paham...

Bahannya:-
Ikan Pelaling atau Ikan kembung secukupnya
2 Keping asam keping
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk mengoreng

Caranya:-
1. Masukkan ikan ke dalam periuk yang sesuai
2. Isikan air sama paras dengan ikan
3. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa
4. Rebus ikan sehingga ikan masak
5. Toskan ikan dan goreng bila hendak makan..
6. Goreng garing2..Selamat mencuba

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive